Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

30 ditahan dalam OP PATI IPD Kota Kinabalu

6:42pm 03/05/2016 Leolerry Lajius 1307 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU: Seramai 30 individu ditangkap dalam operasi Pendatang Tanpa Izin (PATI) bersepadu IPD Kota Kota Kinabalu yang dilaksanakan di rumah setinggan kawasan Sembulan hari ini.

Operasi yang dijalankan selama 12 jam bermula daripada jam 1.00 pagi hingga jam 12.30 petang itu turut menahan seramai 7 orang pesalah narkotik di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, operasi tersebut melibatkan dua fasa iaitu pada jam 1.00 pagi hingga jam 7.00 pagi fasa pemeriksaan rumah, penandaan rumah yang hendak diroboh serta tangkapan PATI dan fasa kedua adalah proses perobohan rumah oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan kawalan keselamatan daripada pihak PDRM.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Manggatal, setelah didokumentasi dan dibuat ujian saringan air kencing di IPD Kota Kinabalu.”

“Dalam operasi ini pihak DBKK telah merobohkan sebanyak 43 buah rumah dan sebanyak 25 buah rumah telah diberikan notis perobohan namun sepanjang perobohan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,”katanya.

Tumpuan lokasi operasi kali ini adalah kepada penempatan yang mempunyai sarang penagih dadah dan rumah-rumah setinggan baru yang didirikan secara tidak sah.

Seramai 35 Pegawai dan 165 anggota dari pelbagai agensi terlibat dalam operasi berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan