Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

30 Buah Rumah Atas Air Kampung Titingan ‘Ice Box’ Dirobohkan Dalam OP Bersepadu

8:26pm 23/08/2016 Pak Roshan 2857 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

Tawau, 23 Ogos – Sebanyak 30 buah rumah penempatan setinggan atas air di Kampung Titingan Ice Box, Tawau dirobohkan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Bin Hj Marsus ‪#‎fadilfireblade‬ berkata operasi diteruskan sejak semalam lagi dilaksanakan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan serta membanteras kegiatan jenayah dan Dadah di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

Operasi membabitkan pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasa ini yang di rancang rapi oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti DSP Jasmin Bin Hussin selaku pegawai medan dibantu oleh ASP Lahammad Bin Saleng dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau adalah sebahagian usaha bersepadu PDRM Tawau dan ESSCOM dalam menjadikan Tawau ini daerah yang selamat. Operasi merobohkan rumah berkenaan telah dibantu oleh kapal tongkang dan jentera pengorek.

Rumah atas air yang dirobohkan dibina tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa tempatan dan secara keseluruhanya dihuni oleh pendatang tanpa izin (PATI). Seramai 9 orang ditahan dibawah seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam usaha menjadikan ke arah Tawau Sejahtera, ACP Fadil juga menegaskan pihaknya dengan kerjasama ESSCOM serta pihak berkuasa tempatan akan meneruskan operasi sedemikian di kawasan yang akan dirancang kelak. Liputan Media dalam operasi berkenaan telah dibuat oleh Unit Media BPJKK IPD Tawau

Sumber: Facebook Polis Daerah Tawau

tawau tawau 14107756_662498463909361_8679241136910106232_o tawau tawau tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan