Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 barangan dirampas dalam pemeriksaan sempena Krismas di KB

PERIKSA ... Kerja-kerja pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak penguatkuasa kesihatan KB.
PERIKSA … Kerja-kerja pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak penguatkuasa kesihatan KB.

KOTA BELUD: Hasil pemeriksaan ke atas 15 premis perniagaan di pekan Kota Belud sempena sambutan Krismas, sebanyak 30 barangan makanan telah dirampas penguatkuasa kesihatan daerah ini.

Daripada jumlah tersebut, 23 barangan makanan terbabit dirampas kerana didapati telah melebihi tarikh luput penggunaannya dan melanggar Akta Makanan 1983, manakala enam tin makanan kemek dan satu bungkusan makanan rosak turut dirampas mengikut Akta Makanan 1985.

Pegawai Kesihatan Kota Belud, Dr Fionna Vincent Bizini, berkata, pemeriksaan itu diadakan bagi memastikan semua produk makanan dijual di pekan itu selamat dan bebas daripada sebarang unsur penipuan kepada pengguna.

“Pemeriksaan meliputi kesemua jenis makanan yang berbungkus dan makanan dalam tin dengan meneliti tarikh luput, memastikan keadaan tin makanan tidak kemek, berkarat atau bergelembung.

“Keadaan itu menyebabkan makanan tersebut tidak sesuai dijual kepada pengguna termasuk sempena perayaan Krismas ini,” katanya ditemui selepas mengetuai pemeriksaan itu, di sini hari ini.

Seramai 13 pegawai penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Kota Belud terbabit dalam pemeriksaan itu. Katanya, pemeriksaan sedemikian tidak hanya dilakukan menjelang musim perayaan, sebaliknya dilaksanakan mengikut keperluan dari semasa ke semasa, bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual barangan makanan melebihi tarikh luput tarikh penggunaan atau rosak. – NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan