Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 anak yatim dan ibu tungal diraikan

Armani menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim sempena Majlis Berbuka Puasa Wanita Umno Sabah kerjasama bersama Pusat Zakat Sabah, di Hotel Hyatt Regency
Armani menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim sempena Majlis Berbuka Puasa Wanita Umno Sabah kerjasama bersama Pusat Zakat Sabah, di Hotel Hyatt Regency

KOTA KINABALU – Seramai 30 orang kanak-kanak dan ibu tunggal sekitar Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Insan Pilihan kerjasama bersama Pusat Zakat Sabah anjuran Wanita UMNO Sabah.

Ketuanya Datuk Armani Mahiruddin, berkata majlis berkenaan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Ketua Wanita Umno Bahagian-bahagian sambil beramal.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri berkata Ramadan adalah kesempatan buat semua untuk memperbanyakkan amalan.

Kerana itu, kita jemput insan pilihan ini bersama kita. Sama-sama mereka gembira kegembiraan kepada golongan sasaran ini menjelang Aidilfitri dan dapat menghulur sedikit bantuan bagi meringankan beban mereka,” katanya ketika berucap dalam majlis itu, di sini semalam.

Menurut beliau, sebagai pemimpin masyarakat adalah menjadi tangungjawab untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sebagai seorang pemimpin dan anggota masyarakat.

Saya juga percaya bahawa jika kita semua menjalankan tanggungjawab sosial kita, terutamanya kepada golongan yang memerlukan seperti ini, kita dapat membantu mereka untuk meralisasikan impian mereka serta membentuk mereka menjadi insan yang berguna bukan sahaja untuk kemajuan diri sendiri tetapi juga untuk masyarakat dan negara amnya,” ujarnya.

Dalam majlis itu, Armani turut menyampaikan duit raya kepada penerima yang disumbangkan daripada Pusat Zakat Sabah.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan