Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 anak yatim dan 10 anak angkat Puspanita diraikan dan terima sumbangan

Sukarti dan Hairani merakamkan gambar kenangan bersama anak-anak yatim yang diraikan.- foto Jabatan Penerangan
Sukarti dan Hairani merakamkan gambar kenangan bersama anak-anak yatim yang diraikan.- foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU: Seramai 30 orang anak-anak yatim dari Sekolah Agama Negeri Ibu Pejabat Polis Kepayan, Sekolah Kebangsaan Bukit Padang dan Sekolah Agama Negeri Petagas dan seramai 10 orang anak angkat Puspanita dari Sekolah Agama Negeri, Kota Kinabalu juga telah diraikan dan menerima sumbangan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Penasihat Puspanita cawangan Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Beliau telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Puspanita Cawangan Sabah bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, turut diadakan Majlis Khatam Al-Quran oleh ahli-ahli Puspanita Sabah serta Takzirah oleh Ustaz Abdul Razak Amdin dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Sukarti juga turut menyempurnakan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawih bersama jemaah yang lain.

Turut hadir, Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah, Puan Sri Hairani Hussaini serta Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dullah.- SayangSabah.

 

 

Komen


Berita Berkaitan