Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3 Tingkat Golongan Yang Berpuasa; Anda Di Peringkat Mana?

1:09am 09/05/2017 Zikri Zainudin 133 views i-Muslim

Gambar Hiasan

Puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari. Walaupun begitu, di penghujungnya, setiap orang yang berpuasa berbeza kedudukannya.

Hal ini dinilai dari 3 tingkat golongan yang berpuasa iaitu:

#1 – Puasa Orang Awam

Puasa golongan ini adalah puasa sekadar menahan makan dan minum serta perkara lain yang membatalkan puasa. Golongan ini tidak kisah akan perkara-perkara makruh yang dilakukan.

Perkara makruh adalah seperti keterlaluan ketika berkumur, menggosok gigi selepas waktu zohor, berbekam, merasai makanan, mencium dan memeluk pasangan, tidak menjaga kata-kata dan banyak tidur. Perkara sunat seperti bertarawih pula jarang-jarang dilakukan.

#2 – Puasa Orang Khas

Mereka ini digelar golongan Ahlul Khawas. Mereka yang berada pada tingkat puasa khas adalah mereka yang menahan diri mereka daripada makan dan minum serta syahwatnya.

Mereka cuba menjaga akhlak mereka selain melakukan perkara-perkara sunat untuk meningkatkan kualiti puasa mereka kerana Allah. Oleh itu, mereka bertarung dengan diri sendiri untuk mendisiplinkan diri agar puasa mereka diterima, dosa mereka diampunkan, dan terhindar daripada api neraka.

#3 – Puasa Paling Khas

Puasa paling khas adalah milik mereka yang bergelar Ahlul Makrifat. Mereka amat menjaga kualiti puasa mereka bukan untuk pahala tapi semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Mereka mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Malah, perkara yang makruh pun dijauhi. Solat tarawih, membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah, dan pelbagai perkara sunat amat menjadi keutamaannya. Hati mereka dan tindakan mereka dibulatkan sepenuhnya untuk Allah SWT.

 (Sumber: tazkirah.net oleh Anas)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan