Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3 Sebab Mengapa Susah Membaca Buku

11:25am 07/09/2016 Zakir Sayang Sabah 77 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Iqra’  adalah wahyu  yang pertama turun kepada Baginda s.a.w. Wahyu yang turun, khusus untuk umat akhir zaman. Di situ ada tuntutan, ada harapan yang perlu digalas umat dengan Iqra’.

Namun sayangnya, berapa ramai diantara kita yang gemar membaca? Khususnya membaca buku.

Buku adalah khazanah. Ia adalah tulisan-tulisan yang dikumpulkan, supaya ada insan di luar sana dapat manfaat darinya. Sama ada ia dapat menghiburkan, mengetuk hati dan perasaan, memberi pencerahan, atau menjadi sumber rujukan bagi membina diri yang cintakan ilmu.

Jadi ini antara sebab kenapa kita merasa sukar untuk membaca buku.

  1. Tidak bertemu buku yang diminati

Saya percaya, tiada manusia yang tidak suka membaca. Dia Cuma belum berjumpa buku yang sesuai dengannya. Bagaimana untuk berjumpa buku yang sesuai?

Curiosity. Kita sudah tidak lagi curious terhadap isu atau perkara dalam kehidupan. Curiosity membina keinginan. Dan jika keinginan dipenuhi, kita mendapat kepuasan. Inilah sebab kenapa ada insan yang mencari buku-buku tajuk tertentu. Ia bagi memenuhi curiosity nya.

Malangnya, mungkin kerana desakan kehidupan, kita tiada masa untuk merasa curios.

Benarlah, untuk merasa puas membaca buku itu satu nikmat.

Bukan semua yang dapat merasakannya.

  1. Impak media sosial

Kita adalah generasi yang dilimpahkan dengan teknologi yang berkembang dengan sangat pesat. Sehinggakan kita disibukkan dengan pelbagai pilihan yang ada. Semua perkara perlu pantas, berwarna-warni, dengan pelbagai stimulasi. Jika tidak, ia tidak menarik perhatian kita.

Jadi tidak pelik jika seseorang merasa sukar untuk duduk, focus kepada buku tulisan hitam dan putih, sambil cuba mencari feel membaca. Ah, itu sangat memenatkan!

Kita sudah terbiasa dengan stimulasi yang pelbagai dari video, filem, permainan maya, sehinggakan untuk duduk tenang dengan buku terasa amat sukar.

Itu belum dikira waktu-waktu kita terasa mahu memeriksa telefon,  sedang tiada lansung notifikasi yang masuk. Inilah yang dinamakan sebagai “Phantom Vibration Syndrome”.

Begitu besar cabaran menanti bagi generasi baru ini untuk menatap buku.

Sudahlah disibukkan dengan media social untuk mengejar kecanduan likes dan share, rutin hariannya juga disibukkan dengan tuntutan kehidupan.

Tidak mustahil nikmat membaca buku akan semakin hilang dari generasi baru.

  1. Tiada masa

Inilah alasan yang paling popular sebenarnya.

Tapi, jika perkara itu bermakna buat kita, kita pasti akan buat masa untuk nya bukan?

Bagi saya, antara lokasi yang paling banyak saya membaca buku adalah dalam tren LRT atau Komuter. Usah bimbang mengenai masa. Bawa saja buku.

Sebaik saja kita ada masa kosong, bukalah buku dan baca. Ini juga sebagai alternative untuk tidak sering melekat dengan telefon.

Extra tips untuk menangani susah membaca buku

  1. Cari rakan yang gemar membaca buku. Bentangkan buku yang telah dibaca. Ini boleh menarik minat anda dan rakan untuk membaca buku yang dibentangkan itu. It creates the curiosity.
  2. Cari platform untuk anda bentangkan buku. Kadang, kita memerlukan motivasi extra untuk membaca. Antara platform yang ada adalah usrah, rakam video dan upload di youtube, atau event yang membuka ruang untuk bedah buku.
  3. Cari lokasi yang kondusif untuk membaca. Lokasi yang menghadap alam dapat merehatkan minda sebentar sebelum menyambung semula bacaan.
  4. Tenangkan diri dahulu sebelum membaca. Membaca dengan tercungap-cungap, hati berdebar, risau, resah dan marah memang tak menjadi.
  5. Apa yang anda nak dari buku itu sebenarnya? Sebab baca sekadar baca, ia boleh memenatkan. Boleh jadi tiada minat untuk menyambung semula.
  6. Cuba kawal impulse untuk memeriksa telefon supaya attention spend kita tidak terjejas teruk. Tenang.
  7. Cuba teknik POMODORO. Ia adalah teknik di mana kita setkan masa selama 20 minit, dan kita hanya perlu focus membaca buku(dan jauh dari telefon) selama 20 minit itu sahaja.
  8. Untuk pembaca baru, mulakan dengan bahan bacaan yang ringan. Tapi, sampai bila mahu baca novel sahaja?

Apalagi, selamat membaca!

Iqra’!

 

Zulhafifi bin Dzulkafli
Pelajar Perubatan
International Medical University

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan