Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

3 sahabat ditangkap seludup mercun

3jualmercun

PADANG BESAR: Tiga sahabat ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping kerana menyeludup masuk mercun dan bunga api bernilai hampir RM5,000, malam tadi.

Komandernya, ASP Mohd Hafiz Abd Rahim, berkata tiga sahabat itu berumur 30 hingga 32 tahun menaiki sebuah Proton Waja ditahan di KM24, Jalan Padang Besar-Ulu Pauh kira-kira 9.50 malam.

“Anggota UPP yang memeriksa kenderaan mereka menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api tersorok dalam but dan tempat duduk penumpang bahagian belakang untuk dijual,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati modus operandi ketiga-tiga sahabat itu menyeludup bahan larangan tersebut dari negara jiran pada waktu malam untuk dijual di Kota Setar, Kedah.

Katanya, tiga sahabat itu ditahan kerana mengangkut bahan larangan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda 10 kali ganda nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mohd Hafiz berkata UPP Chuping memberkas 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita dalam serbuan di KM7, Padang Melangit, dekat sini pada 6 Julai lepas.

Katanya, semua PATI itu berumur lingkungan 20-an tahun didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan.

Selain itu, katanya, UPP Chuping turut menahan empat lelaki warga asing berumur 25 hingga 50 tahun baru-baru ini dan merampas 359 liter petrol dan 132 liter diesel bersubsidi daripada mereka.

“Mereka dikesan mengisi petrol dan diesel berkenaan dalam tangki kenderaaan masing-masing yang telah diubah suai,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Komen


Berita Berkaitan