Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

3 rumah hangus, 20 hilang tempat tinggal

KEBAKARAN yang memusnahkan tiga rumah di Kampung Jalan Damai, Tawau, petang tadi. – Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Tiga rumah di Kampung Jalan Damai dekat sini, musnah dalam kebakaran petang tadi, mengakibatkan kira-kira 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat berikutan keadaan berangin dan kedudukan kediaman yang rapat antara satu sama lain.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Faizal Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.06 petang sebelum menghantar 34 anggota bersama tiga jentera yang tiba di lokasi enam minit kemudian.

Katanya, tindakan pantas bomba mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan beberapa rumah lain daripada turut hangus.

“Operasi terkawal pada jam 7.01 malam manakala punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan