Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3 ribu telur penyu dirampas

9:25pm 15/11/2015 Leolerry Lajius 193 views Jenayah,Mutakhir

Telur Penyu

SANDAKAN: Pasukan Gerakan Am yang diketuai oleh Pegawai Kanan Wan Khalid Bin Wan Omar telah merampas lebih dari 3,000 biji telur penyu pada 13 November yang lalu.

Tangkapan dibuat di perairan Sandakan apabila pasukan tersebut menahan sebuah bot pam yang datang dari negara jiran.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar William Baya berkata, kegiatan tersebut telah memberikan imej negatif terhadap usaha konservasi penyu di negeri ini dan menyeru agar masyarakat sentiasa bekerjasama membanteras kegiatan ini.

“Saya berharap agar masyarakat dan pasukan ESSCOM terus bekerjasama untuk membanteras penyeludupan telur penyu dari negara jiran ke negeri ini,” katanya.

Tambah beliau suspek tersebut telah ditahan dan akan didakwa di bawah seksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang membawa kepada hukuman denda RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-Oleh Leolerry Lajius/ Sayang Sabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan