Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3 polis antara ditahan minta sogokan RM2,000

7:34pm 09/08/2016 Pak Roshan 918 views Jenayah,Mutakhir

sprm-600x366

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu, termasuk tiga anggota polis kerana dipercayai cuba meminta wang sogokan daripada seorang lelaki di Penampang.

Tangkapan dibuat susulan aduan berhubung suspek meminta wang RM2,000 sebagai ‘bayaran’ untuk melepaskan menantu lelaki pengadu yang didapati tidak memiliki kad pengenalan.

Tiga anggota polis, dua daripadanya berpangkat konstabel berusia 25 dan 28 tahun serta seorang berpangkat Lans Koperal berusia 29 tahun ditahan ketika disiasat di Ibu Pejabat SPRM Sabah di sini, lewat malam tadi.

Sementara itu, tangkapan kedua dibuat pada tengah malam tadi membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun disyaki orang tengah kepada tiga anggota polis terbabit.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap, berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada seorang pengadu mengatakan suspek meminta wang sebanyak RM2,000 untuk melepaskan menantu lelakinya yang tidak memiliki kad pengenalan.

“Siasatan awal mendapati, salah seorang suspek menghubungi pengadu dan memintanya menyerahkan wang terbabit di pekan Donggongon, Penampang,” katanya, di sini, hari ini.

Shaharom berkata, setakat ini pihaknya belum bercadang menahan reman kesemua suspek dan mereka akan dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan