Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,698

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3 Petua Menanam Al-Quran Di Dalam Dada

2:19am 20/02/2016 Zakir Sayang Sabah 134 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Ada yang bertanya tentang buku-buku tips parenting yang baik untuk dijadikan rujukan kepada ibubapa yang mahu lahirkan anak berjiwa Islam dan menepati kehendak al-quran dan sunnah.

Jawapan saya mudah!Semoga 3 petua ini membantu.

Al-Quran perlu difahami secara jelas oleh semua orang. [RoadToHaven]

#1 Baca Dahulu Al-Quran Beserta Terjemahannya

Tapi mungkin ada cabaran bagi sesetengah ibubapa.

Buku-buku motivasi, parenting dan sebagainya terlalu banyak di pasaran. Tapi semua tu hanya jadi teori semata-mata kalau tidak dibaca dulu Ummul Kitab (ibu segala buku) dengan kefahaman yang Allah mahukan.

Buku-buku hanya menceritakan sebahagian ayat al-quran. Bukan menggambarkan keseluruhan isi kandungannya. Ayat-ayat tertentu dipilih dan diracik, dijadikan hujah untuk amalan tertentu.

Ada yang dijadikan ayat pendinding, ayat panggil duit, ayat mudah jodoh, murah rezeki, lembutkan hati anak, isteri dan suami.

Lama kelamaan anak-anak dan generasi kita hanya memandang Al-Quran ini sebagai ayat jampi serapah. Bukan lagi ilmu, pelajaran dan pentunjuk di dalam mentadbir seluruh kehidupan manusia.

Akhirnya sampai ke tua kita hanya hidup berdasarkan ayat dan amalan yang dikutip-kutip. Itu yang membezakan Al-Quran dan keimanan para sahabat dengan zaman kita.

Mereka faham segala perintah wahyu yang diturunkan. Bukan sekadar bacaan semata-mata tetapi satu tuntutan untuk dilaksanakan.

#2 Kita Hanya Ambil Sebahaian Bukan Kesuluruhan

Ibu Kitab iautu Al-Quran mesti kita baca, kaji, fahami dan tadabbur dengan jelas. Berfikir dan zikir bagaimana semua ayat-ayat Allah itu sehingga mampu pula kita laksanakan seluruhnya sebagai panduan dan cara hidup.

Al-Quran terjemahan dalam bahasa Melayu itu kita kena khatam dengan kefahaman seiring dengan bacaan Arabnya. Sia-sia sahaja kalau kita baca al-quran dalam bahasa Arab tapi langsung tak faham isi kandungannya!

Sebagai ibubapa, WAJIB dulu kita yang kena tahu isi kandungan Al-Quran tu dulu baru boleh kita sampaikan ilmu dan kefahaman mesej dan strategi penciptaan akhlak manusia melalui sunnah para nabi dan rasul.

Istimewanya. Dari situ dapat kita faham bukan sekadar pendidikan awal kanak-kanak tapi pembentukan seluruh generasi umat Islam.

#3 Kita Dulu Sebagai Emak Bapa Wajib Buat!

Kalau ikut tips Warga Prihatin. Mulalah dahulu membaca terjemahan atau perharfiah Al-Quran hari ni. Kulit ke kulit. Sekurang-kurangnya 3 kali seumur hidup kita ulang baca sampailah kita jumpa APA TUJUAN SEBENAR KITA HIDUP DI DUNIA.

Nak ajar anak TAHU tujuan hidup dan matlamatnya di dunia, pastilah kita sebagai ibubapa yang kena baca dan tahu isi kandungan al-quran.

Baca sendiri itu satu kemahuan yang kuat. Mencari guru sebagai murobbi, itu pula tuntutan untuk kita FAHAMI mesej Allah dengan lebih jelas.

Lagipun selama ini kita dok baca al-quran dalam bahasa arab tu pun seorang diri kan? Faham ke tidak?

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Shauqi Hasan)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan