Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,805

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3 Perkara Yang Sering Diabaikan Di Dalam Perhubungan

4:33pm 12/02/2016 Zakir Sayang Sabah 211 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

3 perkara yang selalu diabaikan dalam hubungan.

#1 Banyak Memaafkan

Manusia fitrahnya buat kesilapan kan? Itu normal. Cuma selagi kita tidak banyak memaafkan, hubungan akan tersekat dan terhenti di situ.

Memaafkan bukan bermaksud kita kalah. Memaafkan tanda kita benar-benar sayangkan hubungan itu.

#2 Cari Masa Untuk Berhubung

Ya. Memang betul doa cara terpantas untuk rapatkan ikatan dalam hubungan. Tetapi perlu juga dari aspek psikologi.

Carilah masa, walaupun sekadar telefon sekejap waktu makan tengahari. Hantar whatsapp motivasi khusus buat dia. Beri kejutan hadiah walaupun bukan hari jadinya.

#3 Jangan jadi Mr./Mrs. Perfect 10

Ramai orang sangka, jadi sempurna depan pasangan akan buat hubungan lebih erat dan bahagia. Itu salah!

Semakin kita cuba menjadi sempurna, kita sebenarnya semakin merosakkan hubungan. Sebab semakin lama, masing-masing akan semakin “penat” jadi “pelakon drama bersiri”.

Ikhlas dan jadi diri sendiri dalam hubungan. Berikan peluang untuk masing-masing terima kelebihan dan kekurangan. Sebab kita bukan malaikat. Kan?

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Izzhar Nazri)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan