Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3 Perkara Yang Kita Harus Belajar Daripada Lebah

9:34am 20/06/2016 Zakir Sayang Sabah 169 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Lebah merupakan haiwan yang sangat istimewa sampaikan ada satu surah di dalam Al-Quran yang dinamakan an-Nahl yang bermaksud lebah. Yang membuatkan lebah istimewa adalah seperti manusia, lebah juga mendapat wahyu (ilham) daripada Allah.

وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (٦٨) ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (68) Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69) {an-Nahl : 68-69}

Dua ayat dari surah an-Nahl ini mengandung seribu hikmah yang seharusnya digali oleh orang mukmin. Kerana kita percaya bahawa tidak ada satu pun yang dibawa Quran tanpa hikmah apatah lagi sia-sia.

  • Sarang

Allah telah memberi ilham kepada lebah untuk membuat sarang di gunung-ganang, pohon-pohon dan juga bangunan binaan manusia.

Ilham ini sangat menarik kalau kita perhalusi dengan baik. Allah memerintahkan lebah untuk membuat sarang di gunung dan pokok-pokok. Tapi kenapa Allah juga perintahkan supaya membuatnya di bangunan manusia?

Tidak lain ianya sebagai satu kemudahan kepada manusia untuk mendapatkan madunya. Kalau tidak kerana wahyu ini, lebah pun tidak akan membuat sarang di bangunan manusia dan manusia akhirnya sukar mendapatkan madu. Perlu ke hutan dan gunung-ganang.

Begitulah Allah mengajarkan melalui binatang kecil ini, jadilah manusia yang memudahkan urusan orang lain. Pelajaran yang sangat halus dari seekor lebah.

  • Makanan

Perintah Allah mengenai makanan lebah member satu isyarat penting untuk kita manusia fikirkan. Lebah hanya mengambil makanannya daripada bunga-bunga yang baik sahaja. Sekiranya bunga itu layu atau tidak matang, lebah langsung tidak menghampirinya.

Oleh itu, Nabi Muhammad SAW mengajarkan, melalui satu riwayat dari Imam Ahmad, kata nabi ; “Sesungguhnya perumpaan orang yang beriman itu seperti lebah.” Rasul menyambung, “Lebah memakan daripada yang baik dan suci sahaja.”

Begitulah sepatutnya kita. Seharusnya memastikan rezeki yang kemudiannya diisi ke dalam perut kita dan keluarga datang dari sumber yang halan dan baik. Itulah manifestasi iman kita kepada Allah. Sanggupkah kita membawa pulang ke rumah harta yang zahirnya Nampak halal tetapi hakikatnya datang dari sumber yang bathil?

  • Madu

Dari sumber makanan yang suci dan baik tadi, setelah diproses akhirnya lebah pun menghasilkan madu yang sangat banyak khasiatnya.

Jadi poin utama yang perlu kita teliti adalah, hanya dengan sumber yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik juga.

Kemudian, kalau kita amati lagi ayat ke 69 surah an-Nahl ini, Allah mengatakan madu yang keluar dari perut lebah itu, adalah penawar bagi manusia. Sungguh ajaib. Bukanlah madu yang dihasilkan itu untuk diguna sendiri oleh lebah, tetapi sebagai manfaat buat manusia pula. Dan tidak pula manusia member apa-apa sebagai pulangan kepada lebah!

Marilah kita sama-sama muhasabah, sejauh mana khidmat kita kepada manusia lain yang member manfaat kepada mereka? Atau  dalam setiap amal dan pertolongan kita kepada manusia, ada sesuatu yang kita harapkan dari mereka sebagai imbalan. Tidak malukah kita kepada lebah?

Pada akhir ayat ini, Allah menutupnya dengan satu persoalan kepada manusia seluruhnya. Apakah kita tidak melihat kepada kitaran hidup lebah ini sebagai satu tanda kebesaran dan penyayangnya Allah kepada manusia. Diciptakan sejenis haiwan yang sepenuh hidupnya khusus demi manfaat manusia.

Maka tidakkah kita melihat?

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan