Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3 penduduk Palestin maut

7:36am 13/12/2015 Pak Roshan 0 views Global
PENDUDUK Palestin berlindung daripada tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel dalam satu tunjuk perasaan di sempadan Gaza, kelmarin.

PENDUDUK Palestin berlindung daripada tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel dalam satu tunjuk perasaan di sempadan Gaza, kelmarin.

Gaza: Tiga penduduk Palestin ditembak mati tentera Israel kelmarin dalam beberapa siri keganasan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Sekumpulan remaja Palestin bertempur dengan tentera rejim Zionis berhampiran Hebron di Tebing Barat yang melepaskan tembakan peluru hidup, kata saksi.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Uday Jihad Irshaid, 22, maut selepas terkena tembakan peluru hidup di dada dalam satu tunjuk perasaan di Hebron.

Tentera Israel mengesahkan mereka menggunakan peluru hidup, tetapi tidak menyatakan angka korban atau kecederaan.

“Tunjuk perasaan ganas tercetus di Hebron. Ratusan penduduk Palestin membaling batu ke arah askar kami.

“Bagi menyuraikan tunjuk perasaan kami menembak ke arah ketua mereka dan tembakan amaran ke udara,” kata jurucakap tentera Israel.

Adik Uday, Dania, 17, ditembak mati enam minggu lalu selepas cuba menikam seorang askar Israel.

Berhampiran sempadan di Gaza, seorang penduduk Palestin maut dan 12 lagi cedera selepas ditembak tentera Yahudi.

Kementerian Kesihatan Palestin memberitahu, Sami Maadi, 41, mati dalam kejadian di timur kem pelarian Al-Bureij.

“Secara keseluruhan 58 cedera ditembak dalam empat tunjuk perasaan di utara, tengah dan selatan Gaza,” kata kementerian itu.

Pada awal pagi kelmarin, seorang lelaki Palestin yang memandu sebuah kereta ditembak mati selepas dia cuba merempuh pusat pemeriksaan tentera di Halhul, dekat Hebron.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan