Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3 penduduk mati, empat parah

10:11am 22/05/2016 Pak Roshan 4 views Global
GAMBAR fail yang dirakam pada Februari lalu menunjukkan Sinabung memuntahkan awan panas.

GAMBAR fail yang dirakam pada Februari lalu menunjukkan Sinabung memuntahkan awan panas.

Jakarta: Tiga mati dan empat yang lain cedera parah semalam selepas sebuah gunung berapi meletus dan memuntahkan debu dan gas panas ke udara.

Semua mangsa dikatakan sedang bertani di lereng Gunung Sinabung di Sumatera apabila kejadian berlaku, kata jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho.

“Tujuh orang terdedah kepada awan panas. Tiga daripada mereka mati dan empat yang lain parah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa rumah juga musnah dalam kejadian itu yang menyaksikan debu dan gas panas dimuntahkan setinggi tiga kilometer.

Mangsa bertani di zon merah, kawasan empat kilometer dari gunung berapi itu yang diisytiharkan kawasan larangan oleh pihak berkuasa atas alasan keselamatan.

Sutopo berkata, walaupun amaran sudah dikeluarkan berulang kali dan pegawai melarang penduduk pulang ke kawasan itu, masih ramai yang degil dan meneruskan kegiatan bertani.

“Kawasan itu sepatutnya dikosongkan. Tidak ada orang yang sepatutnya berada di zon merah itu,” katanya.

Ini bukan kali pertama gunung Sinabung meragut nyawa sejak ia kembali aktif pada 2013.

Enam belas orang terbunuh pada 2014 dan puluhan ribu penduduk terpaksa berpindah selepas ia memuntahkan debu, gas dan batu.

Gunung itu masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi dan pihak berkuasa memberi amaran, ia boleh meletup sekali lagi bila-bila masa.

Sinabung ialah antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan