Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

3 pelancong terbunuh, seorang hilang

PASUKAN penyelamat berusaha mencari mangsa yang hilang.
PASUKAN penyelamat berusaha mencari mangsa yang hilang.

Bangkok: Tiga pelancong asing terbunuh dan seorang hilang selepas sebuah bot laju yang sesak dengan penumpang karam dekat pulau peranginan Koh Samui.

Bot berkenaan yang membawa 32 pelancong dan empat anak kapal terbalik petang kelmarin selepas merempuh ombak berhampiran pantai pulau di Teluk Siam itu.

Dua mayat wanita, seorang warga Britain berusia 28 tahun dan seorang rakyat Jerman berusia 29 tahun ditemui tidak lama selepas kejadian.

Pagi semalam, pasukan penyelamat menemui mangsa ketiga yang menurut polis, wanita Hong Kong berusia 30-an.

Sepasukan 50 petugas penyelamat dengan tujuh bot berusaha mencari seorang lelaki Britain yang masih hilang.

Kapten bot warga Thai itu ditahan dan akan berdepan tuduhan cuai hingga menyebabkan kematian dan kecederaan.

“Kemalangan berlaku kerana cuaca, tetapi bot itu juga dipandu terlalu laju,” kata Apichart Boonsriro, ketua polis wilayah Surat Thani.

Empat pelancong dimasukkan ke hospital kerana luka. Mereka termasuk seorang wanita Britain dan seorang lelaki Australia yang dihantar ke hospital di Bangkok. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan