Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

3 lelaki ditahan dipercayai terlibat sembilan kes curi

Douglas menunjukkan bahan yang menjadi barang bukti kes curi itu. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Douglas menunjukkan bahan yang menjadi barang bukti kes curi itu. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Polis berjaya menyelasaikan sebanyak sembilan kes curi untuk tempoh sepanjang bulan April hingga Julai tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, daripada jumlah kes itu tiga lelaki tempatan dan asing masing-masing berumur 16, 21 dan  27 tahun ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Katanya, antara barang curi yang ditemui semula ialah sebuah motorsikal, televisyen jenis LG LCD warna hitam saiz berukuran 42 inci, beg tangan milik seorang datin dan beberapa kompenan enjin motorsikal.

“Hasil ujian air kencing terhadap semua suspek didapati, seorang daripada mereka berumur 21 tahun positif dadah jenis syabu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Jelas Douglas, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 A , 414 dan 457 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi suspek yang didapati positif dadah dan membawa senjata tajam saspek turut dikenakan tindakan  dibawah seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya ADB 1952 dan Seksyen 6 (1) 1958 kerana memiliki pisau pemotong daging. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah  

Komen


Berita Berkaitan