Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

3 kenderaan rosak dilempar molotov koktel

KEADAAN kawasan parkir sebuah banglo dibaling molotov di Likas, Kota Kinabalu awal pagi tadi - Foto NSTP
KEADAAN kawasan parkir sebuah banglo dibaling molotov di Likas, Kota Kinabalu awal pagi tadi – Foto NSTP

KOTA KINABALU: Tiga kenderaan mewah rosak selepas dibaling molotov koktel oleh sekumpulan individu tidak dikenali di parkir sebuah banglo di Likas di sini, awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 2.55 pagi dengan kumpulan terbabit dikatakan membaling tujuh molotov koktel menyebabkan kereta Toyota Vellfire, Toyota FJ Cruiser dan Toyota Prado mengalami kerosakan pada bahagian belakang.

Difahamkan ketika kejadian, pemilik rumah bersama tujuh ahli keluarga lain sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar letupan kuat.

Berikutan itu, pemilik rumah berkenaan segera keluar untuk memadamkan kebakaran akibat bom terbabit menggunakan alat pemadam api.

Dipercayai juga, hanya lima daripada tujuh bom berkenaan yang dibaling kumpulan terbabit meletup sehingga mengakibatkan kerosakan pada kenderaan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.  – BH Online

Komen


Berita Berkaitan