Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,783

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3 kedai musnah, seorang cedera dalam kebakaran

7:08am 02/12/2016 Leolerry Lajius 481 views Tawau,Tempatan

TAWAU: Seorang lelaki mengalami kecederaan ringan dalam satu kejadian kebakaran yang melibatkan tiga buah gerai di Jalan Apas Kampung Hidayat Batu 4, di sini, semalam.

Mangsa Asri Bedu Bin Sapturani, 32, cedera di bahagian kaki akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian melibatkan tiga buah gerai jenis tidak kekal yang berkeluasan 10 kaki lebar dan 20 kaki panjang itu.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 11.23 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 12 kilometer itu pada jam 11.51 malam.

Menurut pihak bomba, mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelun ketibaan pasukan bomba.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Kasdi bersama 13 orang anggota dan tiga jentera itu berjaya dikawal pada jam 12.02 pagi dan tamat pada jam 12.24 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan