Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,679

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3 jam beratur untuk dapat kalendar percuma

9:01am 11/01/2016 Pak Roshan 4 views Global
PENDUDUK beratur dalam cuaca sejuk untuk dapatkan kalenda percuma berharga kira-kira RM2.70.

PENDUDUK beratur dalam cuaca sejuk untuk dapatkan kalenda percuma berharga kira-kira RM2.70.

Beijing: Gambaran yang membantu untuk mengesahkan rakyat China memang sukakan barangan percuma dapat dilihat di Shandong apabila penduduk beratur selama lebih tiga jam di tengah paras bahaya pencemaran udara hanya untuk mendapatkan kalendar dinding percuma.

Menurut portal berita NetEase, seorang peniaga dari bandar Liocheng membuka gerai untuk mempromosikan syarikatnya di sebuah plaza di tengah bandar berkenaan awal, semalam.

Sebagai sebahagian cara untuk menarik orang ramai, gerai itu memberikan percuma kalendar dinding Tahun Monyet.

Ia dianggap kejadian paling menarik berlaku di Liaocheng sejak beberapa tahun lalu kerana menjelang 7 pagi, dua barisan panjang terdiri daripada penduduk yang inginkan kalendar itu sudah terbentuk.

Apa yang lebih menarik, mereka berbaris selama tiga jam untuk menerima kalendar yang nilainya tidak sampai 20 yuan (RM2.70) dan mereka melakukannya ketika paras amaran asbut berada di tahap merah dan cuaca di bawah lima darjah Celsius.

Berita mengenai sambutan penduduk China terhadap tawaran barangan percuma sering dilaporkan. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan