Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

3 beranak rentung kereta bertembung treler

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan satu kebakaran pada sebuah kereta sebelum mengeluarkan tiga mangsa yang rentung selepas kereta yang dinaiki terbakar dalam satu kemalangan bertembung dengan treler di kilometer 39 Jalan Kudat – Kota Kinabalu, Kampung Hobut. – Foto ihsan Bomba
KEADAAN kereta yang terbakar dalam satu kemalangan di kilometer 39 Jalan Kudat – Kota Kinabalu, Kampung Hobut. – Foto ihsan Bomba
KEADAAN sebuah kereta terbakar yang mengorbankan tiga mangsa rentung selepas kereta dinaiki terbabit dalam satu kemalangan bertembung dengan treler di kilometer 39 Jalan Kudat – Kota Kinabalu, Kampung Hobut. – Foto ihsan Bomba

 

KUDAT: Tiga beranak rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan lori treler di Kilometer 39 Jalan Kudat-Kota Kinabalu di Kampung Hobut, di sini, malam tadi.

Perjalanan pulang tiga beranak selepas menghadiri majlis perkahwinan berakhir tragedi apabila mereka rentung susulan kereta dinaiki mereka terbakar akibat bertembung.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 8.20 malam itu, dua mangsa ditemui di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan, manakala seorang lagi ditemui di tempat duduk bahagian belakang.

Pemandu treler pula mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika kejadian tiga beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tambulian, dekat sini, selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Matunggong.

Ketika tiba di lokasi, kereta Proton Saga dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan treler dari arah Kudat menuju ke Kota Kinabalu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 8.26 malam, sebuah jentera dan Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba membuat pemadaman sebelum mengeluarkan ketiga-tiga mangsa terbabit. Semua mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Pinawantai dan Kampung Air tamat sepenuhnya pada jam 10.46 malam. – Oleh Junaidi Ladjana/BH Online

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan tiga mangsa yang rentung selepas kereta dinaiki terbakar dalam satu kemalangan bertembung dengan treler di kilometer 39 Jalan Kudat – Kota Kinabalu, Kampung Hobut. – Foto ihsan Bomba

Komen


Berita Berkaitan