Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

3 Ancaman Terhadap Harta Yang Haram

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Antara sebab kita wajib menjauhi makan minum atau memperolehi harta dengan cara haram disisi Allah ialah:

1. Penyebab Bagi Tidak Dimakbulkan Doa

Dalam satu hadits disebutkan:

“Kemudian Beliau SAW bercerita tentang seorang yang lusuh berdebu kerana jauh bermusafir menadah tangannya ke langit, sambil berdoa :

Ya Tuhan Ya Tuhan. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya (didapat dengan cara) haram, dan (tubuhnya) membesar dengan yang haram, bagaimana mungkin dikabulkan doanya?”Hadith Riwayar Muslim

Bagaimana mungkin keinginannya akan dikabulkan. Sementara mulut yang dia gunakan untuk berdoa digunakannya pula untuk menyuap makanan yang haram, dan tubuhnya membesar dari harta yang haram.

2. Akan Masuk Neraka

Nabi SAW bersabda yang artinya :

“Siapa yang dagingnya tumbuh dari (makanan) haram maka neraka lebih patut baginya”.Hadith Riwayat Tirmizy

3. Membahayakan Tubuh

Seperti arak, dadah, racun dan seumpamanya yang memudaratkan tubuh badan dan aqal serta juga keturunan. Ini jenis makanan haram yang memudaratkan manusia di dalam dunia.

Sejenis lagi ialah makanan atau minuman haram yang tidak memudaratkan tubuh badan dan kesihatan seperti nasi, roti dan seumpamanya tetapi ia dibeli dengan duit yang haram atau dari pendapatan yang haram atau usaha yang haram disisi syarak, maka ia tetap meudaratkan manusia selepas matinya yaitu diseksa di dalam neraka. Na’uzubillah.

Wallahua’lam

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Komen


Berita Berkaitan