Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

3 Amalan Mudah Didikan Awal Anak-Anak Anda

Gambar Hiasan

 

Menurut kajian, terdapat 3 amalan pada peringkat usia awal kanak-kanak (early childhood) yang dapat menghalang anak dari menjadi seorang pembuli kelak.

#1 – Permainan Interaktif Atau Bermain Dengan Kawan-Kawan

Anak belajar bersosial secara positif, mengenal emosi diri dan emosi orang lain, mengawal emosi dan belajar empati.

Belajar bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati, merancang, bantu-membantu dan pelbagai lagi skil sosio-emosi yang lain.

#2 – Membaca Bersama-Sama Keluarga

Iqra’ atau baca bukan bererti sekadar terhad kepada membaca buku bagaimana kaedah membaca dan buku teks ya.

Bahkan perlu mewujudkan suasana yang mesra membaca. Bacalah cerita yang menarik minat anak-anak anda seperti cerita mengenai binatang sambil anda membuat gaya dan bunyi binatang itu.

 

#3 – Makan Bersama – Sama Keluarga

Duduk tertib di meja makan atau bersila di atas lantai sekeluarga. Tanpa memasang TV dan skrin yang lain.

Gunakan masa ini untuk ‘bonding‘ dengan berkongsi kisah seharian masing-masing. Jika 3 amalan ini diambil berat, Insyaa Allah kurang kes buli di kalangan anak-anak kita.

Pihak sekolah, pra sekolah, tadika dan taska bolehlah mendidik ibu bapa tentang 3 amalan mudah ini. Jangan tunggu terhantuk baru terngadah.

(Sumber: Tazkirah.net oleh Noor Afidah Abu Bakar)

Komen


Berita Berkaitan