Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

3.5 juta pengguna jalan raya tiada lesen – JPJ

4:20pm 14/05/2016 Pak Roshan 295 views Mutakhir,Nasional
gambar hiasan

gambar hiasan

POKOK Sena: Sekurang-kurangnya 3.5 juta rakyat negara ini dikesan tidak memiliki lesen memandu dengan 60 hingga 70 peratus daripadanya pengguna jalan raya yang tinggal di luar bandar.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob, berkata pemantauan JPJ mengesan 3.5 juta rakyat negara ini tidak memiliki lesen memandu, sama ada motosikal atau kereta.

“JPJ melaksanakan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) dan program MyLesen dalam usaha membolehkan rakyat di negara ini memiliki lesen memandu.

“Program SKSJ ini khusus untuk golongan berusia 45 tahun ke atas manakala bagi masyarakat Orang Asli bermula dari 21 tahun ke atas dengan bayaran RM180 bagi mendapatkan lesen.

“Program MyLesen disediakan kepada golongan muda terutama pelajar berumur 16 tahun ke atas mendapatkan lesen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan SKSJ daerah Pokok Sena di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena, di sini, hari ini.

Yusoff berkata, sebanyak 234 program SKSJ sudah dilaksana di seluruh negara dan 93,461 peserta sudah memiliki lesen sejak program itu diperkenalkan pada tahun 2009. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan