Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hotel Soluxe berbuka puasa bersama 65 orang anak yatim

SUMBANGAN... Joniston, Lucy dan Rueben menyampaikan sumbangan duit raya kepada Rumah Anak Yatim As-Sakinah Kinarut.
SUMBANGAN… Joniston, Lucy dan Rueben menyampaikan sumbangan duit raya kepada Rumah Anak Yatim As-Sakinah Kinarut.

PUTATAN- Seramai 65 anak yatim termasuk 35 orang dari Rumah Anak Yatim As- Sakinah, kinarut dan 30 orang Rumah Anak Kesayangan, Sembulan berbuka puasa bersama Hotel Soluxe, disini semalam.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai dan isteri Datin Lucy Yong turut serta meraikan anak-anak yatim bersama-sama dengan Pengurus Hotel Soluxe, Rueben Lim.

Program Berbuka Puasa itu dianjurkan untuk memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik merasai kemeriahan Ramadan kali ini. Anak-anak yatim tersebut turut menerima sumbangan duit raya daripada Hotel Soluxe.

Hotel Soluxe turut menyediakan 200 jenis masakan pelbagai jenis masala kampung sepanjang bulan Ramadan ini.

Orang ramai boleh menikmati bufet di hotel tersebut dengan harga yang berpatutan iaitu RM75 bagi dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Selain itu, Hotel Soluxe turut menyediakan baucer yang berharga RM65 seorang untuk dewasa. Manakala, harga baucer bagi kanak-kanak dan warga emas ialah RM45 seorang.- Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan