Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Karnival Suria 2016, Berkayuh dan beramal

9:32am 28/05/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 17 views Mutakhir,Tempatan
Upacara Pelepasan Peserta Kayuhan Suria yang disempurnakan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak..

Upacara Pelepasan Peserta Kayuhan Suria yang disempurnakan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak..

KOTA KINABALU- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak telah merasmikan Kayuhan Karnival Suria yang disertai seramai 260 orang peserta bertempat di Dataran Letak Kereta Kompleks Sukan Likas, di sini, pagi ini.

Karnival ini adalah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Yayasan Kebajikan Suria (YKS) untuk menggumpul dana bagi pembinaan bangunan baharu Yayasan Suria yang dilengkapi asrama pelajar, pusat tahfiz dan pusat aktiviti komuniti setempat.

 

Upacara penyerahan motor cabutan bertuah daripada Penasihat Kelab Anggota Jabatan Penerangan Sabah (KAPSA) kepada Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak

Upacara penyerahan motor cabutan bertuah daripada Penasihat Kelab Anggota Jabatan Penerangan Sabah (KAPSA) kepada Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif YKS, Datin Seri Raya Erom, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Pengarah RTM, Haji Ali Ngasio, Timbalan Ketua Pengarah Penerangan (Pengurusan), Haji Almain Ajirun, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sabah, Yunus Saprin.-Syafathin M.Y./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan