Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,509

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

29,453 berjaya mendapat pekerjaan di Sabah

1:26pm 02/03/2017 Leolerry Lajius 67 views Tempatan

Kenangan….Hamisa bergambar kenangan bersama belia beliawanis dari daerah Tawau.

TAWAU: Seramai 29,453 pencari kerja di Sabah berjaya mendapatkan pekerjaan melalui pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan dalam tempoh lima tahun, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat.

Menurutnya, melalui program Memperkasa Modal Insan-Belia Bersama Majikan menerusi Unit Sabah Job Centre berjaya membantu 4756 pencari kerja manakala melalui Sistem Job Portal seramai 24,679 orang majoriti golongan belia mendapat pekerjaan masing-masing.

“Kerajaan sentiasa peka kepada keperluan golongan belia dan memberi galakan mengikuti pelbagai program dan latihan kerjaya yang memberikan manfaat kepada mereka melalui pelbagai inisiatif kerajaan menanganu masalah pengangguran yang meningkat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian Program Memperkasa Modal Insan-Belia Bersama Majikan Peringkat Daerah Tawau di Dewan Sri Tawau, Jalan Sin Onn di sini kelmarin yang turut dihadiri Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Alijus Sipil.

Katanya, kerajaan bersama agensi swasta sentiasa bekerjasama mengadakan banyak program latihan kemahiran teknikal mahupun separa mahir bagi meningkatkan kualiti dan keboleh pasaran belia tempatan untuk berdaya saing dan kompeten.

Turut hadir Ketua Penolong Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Memperkasa Modal Insan Peringkat daerah Tawau, Ag Bakar Ag Hussin.

Mengulas lanjut, Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu berkata isu penghijrahan belia ke Semenanjung atau luar negara untuk bekerja perlu dilihat dari aspek positif dan negatif khususnya kepada keperluan sumber manusia di Sabah.

“Penyebab utama penghijrahan disebabkan desakan kehidupan dan ekonomi, golongan belia diingat agar tidak memilih pekerjaan sehingga menjejaskan masa depan sekaligus menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran,”katanya lagi.

Sindrom terlalu memilih pekerjaan harus dielakkan demi kemajuan rakyat dan negeri menghadapi persaingan global sekaligus mengelak kemasukan pekerja asing yang memberi kesan negatif kepada perkembangan sosial dan ekonomi negeri./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan