Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

YESS, PLATFORM CUNGKIL BAKAT USAHAWAN SEKOLAH

Datu Jamigul (kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian penutupan Konvensyen YESS 2018. Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Konvensyen Young Entrepreneur Strive for Success (YESS) menjadi satu platform kepada koperasi sekolah seluruh negara untuk mencungkil bakat keusahawanan dalam kalangan murid sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Maimunah Suhaibul berkata, YESS mampu memperkukuhkan peranan koperasi sekolah sebagai sebuah institusi pembudayaan keusahawanan koperasi dalam kalangan pelajar.

“Di samping itu, melalui program ini akan dapat memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar bagi melahirkan lebih ramai bakal usahawan.

“Program ini juga diharap akan dapat memberi kesedaran dan mewujudkan persekitaran pemaufakatan secara berkoperasi dalam bidang keusahawanan serta menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar ke arah menjana minat keusahawan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Konvensyen Young Entrepreneur Strive for Sucess (YESS) 2018 di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK) JPNS Datu Jamigul Datu Salin.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Umar Sarim Saidin berkata, pihaknya akan mengadakan konvensyen seumpama itu di setiap bahagian di Sabah.

Jelasnya, usaha berkenaan mampu memperbanyakkan lagi penyertaan konvensyen daripada koperasi-koperasi sekolah seluruh negeri.

“Di Sabah, kita akan mengadakannya di pembahagian-bahagian.

“Ini juga mampu untuk mengurangkan masa dan ruang penglibatan sekolah-sekolah di negeri yang besar ini,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan