Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

291 nelayan terima elaun sara hidup nelayan

TAWAU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mendiskriminasikan pemberian sebarang bentuk bantuan kepada penduduk negeri ini, sebaliknya semua yang layak diberikan tanpa mengira perbezaan kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, contoh terbaru ialah pemberian elaun sara hidup nelayan kepada semua kaum iaitu tidak terhad kepada bumiputera sahaja malah turut diberikan kepada kaum lain yang layak mendapatnya.

“Elaun sara hidup nelayan merupakan antara usaha dan inisiatif kerajaan BN untuk membantu masyarakat nelayan di negeri ini tanpa mengira kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan secara tunai bagi Persatuan Nelayan Tawau di Hotel Emas Tawau, di sini, semalam.

Seramai 291 nelayan melibatkan ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tawau menerima Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai bernilai RM87,300 (RM300 seorang).

Menurutnya, sebelum ini elaun bulanan sara hidup yang diberikan sebanyak RM200 sebulan, tetapi dinaikkan kepada RM300,00 seorang.

“Sumbangan ini diberikan kepada golongan yang betul-betul mengusahakan sektor perikanan sebagai sumber pendapatan untuk menyara keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk membantu meringankanbebangolongan nelayan akibat peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

Pada masa sama, kerajaan juga menyediakan bantuan subsidi minyak petrol dan diesel kepada nelayan yang boleh diperolehi di pusat-pusat jualan yang ditetapkan.

Hamisa berkata pemberian elaun sara hidup ini merupakan antara kaedah kerajaan menangani peningkatan kos hidup. Kita berharap bantuan ini dapat meringankan beban golongan nelayan.

“Elaun ini boleh digunakan untuk membeli keperluan harian seperti beras. Ia juga boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan anak-anak yang masih bersekolah,” katanya.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu menyeru beliau menyeru golongan nelayan terus berusaha menambah pendapatan masing-masing dengan lebih keras lagi menerusi sumber-sumber ikan di daerah ini.

Beliau mengharapkan golongan nelayan dapat keluar daripada kepompong pemikiran biasa yang terus menerus mengharapkan bantuan.

Sebaliknya golongan nelayan katanya perlu memikirkan jalan keluar yang lebih baik seperti menceburi bidang keusahawanan.

“Jangan terus menerus selesa dengan bantuan yang diberikan sebaliknya perlu berusaha meningkatkan taraf hidup.

“Perkara pertama adalah mengubah sikap, lebih berdisiplin, memiliki rasa tanggungjawab untuk mengubah nasib, memiliki perancangan masa hadapan dan cita-cita yang tinggi untuk berubah,” katanya.

Tambahnya, jika terus mengharapkan bantuan semata-mata, golongan nelayan akan terus tertinggal jauh kebelakang oleh masyarakat lain.

Jelasnya melalui kerajaan BN dapat melaksanakan banyak program pembasmian kemiskinan berimpak tinggi yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, dan salah satu daripadanya agensi kerajaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Beliau  percaya masyarakat Sabah lebih berkayakinan kepada kerajaan BN untuk mentadbir Negeri ini dan meminta para nelayan terus menyokong kerjaaan BN.

Dalam pada itu, Hamisa menyeru masyarakat nelayan di Sabah supaya menjadikan pemberian elaun itu sebagai suntikan modal untuk terus gigih berusaha, sekali gus mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan.

Menurutnya, apa yang penting ialah masyarakat nelayan perlu sentiasa gigih berusaha dan bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi keluarga.

Hadir sama Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah Mohd Jamil Abdullah, Pegawwi LKIM Tawau, para penerima Persatuan Nelayan Kawasan Tawau dan kakitangan Unit PPM N. 59 Tanjong Batu./SayangSabah

Kenangan….Hamisa dan Mohd Jamil bersama 291 orang Persatuan Nelayan Kawasan Tawau bergambar kenangan selepas Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan secara tunai bagi Persatuan Nelayan Tawau di Hotel Emas Tawau, di sini, semalam.

Komen


Berita Berkaitan