Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) Peringkat Negeri Sabah 2016

6:29am 10/04/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 92 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan

KOTA KINABALU-Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) Peringkat Negeri Sabah 2016 telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian , Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, IR Datu Jamigul Bin Hj Datu Salin, di Likas Square Apartment Hotel, disini petang kelmarin.

Turut hadir sama, Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDPNKK) Negeri Sabah, Rosli Bin Maslee.

“…KPDNKK telah Berjaya menarik minat para pelajar untuk mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan kepenggunaan…” kata Datu Jamigul dalam ucapan perasmian penutupannya.

Menurutnya lagi, pengetahuan kepenggunaan merupakan satu cabang ilmu yang sangat penting bagi melahirkan generasi pengguna yang mampu membentuk sosioekonomi negara yang kukuh.

Sementara itu, Rosli berkata dalam ucapannya, “…KPDNKK giat melaksanakan pelbagai usaha untuk menyebar luas pendidikan kepenggunaan di kalangan pelajar sama ada melalui pendekatan formal mahupun tidak formal. Di peringkat sekolah menengah, saluran utama yang digunakan oleh KPDNKK ialah menerusi Kelab Pengguna Sekolah (KPS).”

Terdahulu, terdapat peningkatan kepada 300 orang peserta yang melibatkan 75 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini berbanding tahun lepas. Sebanyak Sembilan buah sekolah telah mara ke peringkat negeri.

Tempat pertama dalam CIP-KPS kali ini adalah S.M.K. Beaufort 2 yang setrusnya layak ke peringkat kebangsaan. Manakala tempat kedua dimenangi oleh S.M.K. Balung, Tawau dan tempat ke tiga dirangkul oleh S.M.K. Bongawan.-Oleh Syafathin M.Y./SayangSabah

Datu Jamigul (tengah) bergambar dengan peserta cabaran interaktif pengguna

Datu Jamigul (tengah) bergambar dengan peserta cabaran interaktif pengguna

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan