Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bangunan asrama pekerja terbakar

Keadaan bangunan yang menempatkan asrama pekerja ketika kejadian tersebut.
Keadaan bangunan yang menempatkan asrama pekerja ketika kejadian tersebut.

PENAMPANG: Sebuah blok rumah kedai dua tingkat terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Bundusan, di sini, pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian yang melibatkan asrama pekerja di tingkat satu bangunan tersebut pada jam 8.20 pagi dan tiba di lokasi sejauh 3 kilometer itu pada jam 8.24 pagi.

Operasi yang diketuai oleh PKPgB Mohammad Akramin bin Sakirun itu menggunakan 3 aliran 4 pancutan 400’ sumber air dari pili bomba serta water tanker untuk memadam kebakaran dan operasi tamat pada 9.29 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan