Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

28 PTI ditahan dalam OPS PTI

10:39pm 27/05/2016 Leolerry Lajius 1063 views Jenayah,Tempatan
PTI yang ditahan dalam operasi berkenaan.

PTI yang ditahan dalam operasi berkenaan.

KOTA KINABALU: Seramai 28 orang ditahan dalam OP PTI Bersepadu IPD Kota Kinabalu yang dijalankan di lima lokasi iaitu di rumah setinggan berdekatan Taman Mahkota Luyang, Penempatan atas air Kampung Tanjung Aru, Bilik sewa bangunan penginapan di Bandaran Berjaya, Sinsuran dan Kampung Air, awal pagi tadi.

Tangkapan itu dibuat selepas membuat pemeriksaan terhadap seramai 95 individu dan seramai 7 orang tangkapan turut didapati positif dadah.

Operasi yang melibatkan tiga orang pegawai bersama 83 orang anggota itu, memakan masa selama enam jam dan kesemua tangkapan telah dibawa ke Lokap Berpusat Kota Kinabalu setelah didokumentasi dan dibuat ujian saringan air kencing di IPD Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, anggaran umur tangkapan semasa OP Nyah Bersepadu adalah seramai 19 orang dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun dan 9 orang dalam lingkungan 17 tahun hingga 25 tahun.

“Tumpuan lokasi operasi kali ini adalah kepada bilik-bilik sewa di atas bangunan penginapan dan juga rumah-rumah setinggan yang berdekatan dengan Taman Mahkota setelah mendapat aduan dari penduduk berdekatan.”

“ Selain itu operasi dijalankan bagi tujuan pencegahan jenayah di kawasan bandaraya Kota Kinabalu dan persediaan acara lawatan oleh Duta Besar Amerika ke Sabah,”katanya.

Chandra turut menyatakan, operasi perobohan rumah oleh pihak DBKK akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas rumah-rumah yang dipercayai didiami oleh pendatang tanpa izin ditandakan.

Bagi kes yang melibatkan dadah kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sekysen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Chandra menunjukkan barang rampasan dalam operasi berkenaan.

Chandra menunjukkan barang rampasan dalam operasi berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan