Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

277 Mayat Dijumpai, 251 Dipindah Ke Dalam Gerabak Sejukbeku – PM Ukraine

277 mayat

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Sejumlah 277 mayat mangsa pesawat MH17 telah dijumpai, kata Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk pada Isnin.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 251 mayat dipindahkan ke dalam empat gerabak sejukbeku dan bersedia untuk berlepas ke Amsterdam tetapi kumpulan bersenjata Rusia tidak membenarkan mereka meninggalkan Torez.

“Keutamaan kami adalah mengumpul dan membawa semua mayat dan mengutip semua kemungkinan bukti berkaitan pesawat yang terhempas,” kata beliau pada sidang media di Kiev, Ukraine, seperti dilaporkan laman web pusat media Ukraine Crisis.

Yatsenyuk berkata Ukraine bersedia membenarkan rakannya dari Barat mengetuai penyiasatan selain bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan pihak Belanda untuk menjalankan siasatan terhadap jenayah antarabangsa ini.

“Kami akan membawa ke muka pengadilan setiap mereka yang bertanggungjawab terhadap MH17 termasuk negara yang menyokongnya.

Ukraine melancarkan penyiasatan menyeluruh dan telus, membabitkan semua agensi penguatkuasaan undang-undang Ukraine dan agensi penguatkuasaan Barat,” kata beliau.

Beliau berkata 31 orang pakar antarabangsa telah tiba di Kharkiv untuk menjalankan penyiasatan di tempat kejadian.

“Ukraine bersedia untuk memberi peranan utama kepada Belanda dalam penyiasatan dan Ukraine bersedia membenarkan penyiasat antarabangsa memeriksa peralatan persenjataannya untuk membuktikan ia tidak ada kena-mengena dengan MH17,” kata beliau.

Yatsenyuk berkata kerajaan juga menggesa Rusia mematuhi undang-undang antarabangsa dan bekerjasama dalam penyiasatan.

“Ada banyak bukti yang menunjukkan campurtangan Rusia termasuk media digital, rakaman audio, laporan dan banyak lagi. Saya menggesa kerajaan Rusia memberi jawapan kepada semua persoalan yang dibangkitkan,” kata beliau.

Komen


Berita Berkaitan