Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peniaga didenda miliki 1438 DVD filem tanpa perakuan ‘B’

KOTA KINABALU- Seorang peniaga didenda RM 5,000 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan memiliki 1438 keping DVD tanpa perakuan ‘B’ pelbagai tajuk.

Koo Pak Cheng, 26 telah melakukan kesalahan tersebut pada 12 Oktober, tahun lalu di sebuah premis di bangunan Servay, Putatan pada jam 2.30 pm.

Koo dihukum di bawah Seksyen 18(4)a Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan denda sehingga RM 30,000 dan boleh juga dikenakan penjara boleh sampai tempoh tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pihak polis telah membuat pemeriksaan di sebuah kedai yang dipercayai menjual DVD filem tanpa perakuan ‘B’. Semasa pemeriksaan tersebut, polis telah menjumpai dan merampas kesemua DVD tersebut.

Majistret Jessica Ombou Kakayun turut mengarahkan agar semua barang kes dilupuskan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan