Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

27 rumah milik PATI dirobohkan

8:19pm 07/11/2016 Pak Roshan 2424 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
RUMAH setinggan di Kampung Bunga Raya, bersebalahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu, pagi tadi. - Foto Mohd Adam Arinin

RUMAH setinggan di Kampung Bunga Raya, bersebalahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu, pagi tadi. – Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merobohkan 27 rumah setinggan di Kampung Bunga Raya, bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, pagi tadi.

Operasi Perobohan Rumah dan Struktur Haram itu dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan 1951 membabitkan 13 penguatkuasa DBKK termasuk tiga pegawai diketuai Inspektor Bahagian Setinggan dan Tugas-tugas Khas DBKK, Danny John dengan kerjasama polis serta Sabah Electriciry Sdn Bhd (SESB).

Dalam operasi bermula jam 9 pagi itu, turut dirobohkan sebuah balai raya dan surau yang dibina tanpa kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Difahamkan, semua penghuni kawasan setinggan itu adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dan notis perobohan sudah dikeluarkan pada 19 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKK, Abdul Mukti Muchlish, berkata DBKK memberi masa kepada penghuni penempatan itu untuk mengosongkan tempat berkenaan.

“Kita sudah memberi notis lebih dua minggu lalu untuk mereka mengosongkan kawasan ini.

Tempoh yang lama  sudah diberi kepada mereka untuk mencari tempat perpindahan.

“Sebelum ini, rumah di kawasan itu pernah diroboh tetapi dibina semula. Sebanyak 27 rumah ini adalah yang dibina semula dengan sebahagiannya didapati penghuni baharu,” katanya.

Sepanjang tahun ini, katanya, sebanyak 577 rumah setinggan dirobohkan oleh DBKK. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan