Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

27 Kes Kebakaran Hutan Dan Belukar Di Sandakan

1:15pm 19/03/2016 Pak Roshan 23 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Penduduk Sandakan diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama untuk aktiviti pertanian susulan sebanyak 27 kes kebakaran hutan dan belukar dilaporkan di daerah ini bagi tempoh Januari hingga semalam.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Calvin Joe Jeafery yang memberikan peringatan itu berkata kebakaran cepat merebak susulan keadaan cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino ketika ini.

“Walaupun kebakaran hutan dan belukar setakat ini tidak mengorbankan nyawa tapi kebakaran ini berisiko memusnahkan harta benda seperti rumah.

“Ia boleh berlaku sekiranya kebakaran hutan dan belukar berlaku berhampiran dengan kawasan perumahan,” katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata daripada 27 kes kebakaran itu, sembilan kes direkodkan pada Januari, empat kes pada Februari dan 14 kes bagi bulan Mac ini sehingga semalam.

Sementara itu, di Kinabatangan, terdapat empat kes kebakaran hutan dan belukar dilaporkan dalam tempoh sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosemidian Majid berkata dua kes dilaporkan di kawasan Telupid dan satu kes masing-masing di Gua Gomantong dan Bukit Garam.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan