Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

266 Pati Ditahan Dalam Op Bersepadu MKN Di Sandakan

Gambar Arkib SayangSabah
Gambar Arkib SayangSabah

SANDAKAN : Seramai 266 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di daerah ini selama dua hari yang berakhir semalam.

Setiausaha MKN Sabah Rodzi Md Saad berkata operasi dimulakan pada 1.30 pagi Khamis lepas hingga 8.30 malam semalam menumpukan beberapa penempatan termasuk atas air berhampiran Bandar Sandakan.

Katanya dalam operasi bersepadu kali ke-11 itu, 320 orang telah diperiksa bagaimanapun hanya 266 orang berusia setahun hingga 59 tahun ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 pindaan 2002 dan Peraturan-Peraturan Imigresen, kesalahan masuk secara haram ke negara ini.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 168 lelaki dan 74 wanita warga Filipina, 23 warga Indonesia – 14 lelaki dan sembilan wanita dan seorang masih belum dipastikan warganegaranya, kata beliau dalam kenyataan.

Katanya dalam tempoh Januari hingga Julai lepas, seramai 2,854 PATI ditahan dalam operasi bersepadu dilaksanakan oleh MKN di negeri ini.

Rodzi berkata 15,296 PATI telah dihantar balik ke negara asal mereka dalam tempoh yang sama membabitkan 11,917 warga Filipina; 3,379 Indonesia dan bakinya warganegara lain.

Menurutnya sehingga semalam, seramai 6,506 PATI masih ditahan di empat Pusat Tahanan Sementara (PTS) di negeri ini iaitu 1,794 (Kota Kinabalu); 1,798 (Papar); 1,491 (Sandakan) dan 1,423 (Tawau).

Susulan itu Rodzi mengingatkan majikan dan perseorangan tidak melindungi PATI dan tindakan tegas dikenakan terhadap sesiapa dikesan melindungi atau menggajikan PATI.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan