Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,750

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

265 pelajar SK Likas terima sumbangan alat tulis

6:42pm 05/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 18 views Tempatan
Jainab menyampaikan sumbangan alat tulis kepada pelajar yang menduduki UPSR.

Jainab menyampaikan sumbangan alat tulis kepada pelajar yang menduduki UPSR.

KOTA KINABALU- Seramai 265 pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Likas, disini yang menduduki peperiksaan UPSR bermula hari ini mendapat sumbangan berupa alat tulis.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid ketika melawat dan memberi motivasi kepada para pelajar sekolah itu yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), hari ini.

Jainab yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai turut menasihati mereka agar menjawab soalan dengan tenang dan yakin serta mendoakan mereka memperolehi keputusan yang cemerlang.

“Hanya pendidikan dapat mengubah nasib seseorang dan juga keluarga. Justeru pelajar yang menduduki peperiksaan perlu belajar bersungguh-sungguh sehingga dikurniakan kejayaan yang cemerlang”, tambahnya.

Jainab diiringi oleh Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Saminah Marbani, Ketua Kampung Kg.Likas Lama, Haji Ledin Pelai dan pegawai kementerian. Ketibaan Jainab disambut oleh Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah, Laliman Ahmad dan Guru Besar sekolah, Jaimie Mosliem.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan