Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jonathan Tse lancarkan album baru yang bertajuk ‘Apa Macam’

3:54pm 13/12/2015 Leolerry Lajius 118 views Hiburan,Tempatan
Altimet dan Jonahtan-Gambar Oleh Jimmy Tan

Altimet dan Jonahtan-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Setelah berkecimpung dalam industri muzik selama lapan tahun, artis tempatan Sabah yang berasal dari Labuan Jonathan Tse  buat pertama kalinya mengeluarkan sebuah lagu dalam Bahasa Malaysia yang bertajuk ‘Apa Macam’.

Sebelum ini, Jonathan pernah mengeluarkan beberapa buah lagu dan antara lagu yang sering dimainkan di corong-corong radio Inggeris ialah lagu ‘Boleh Bah Kalau Kau’.

Lagu ini ditulis sepenuhnya oleh Jonathan Tse dan Altimet dan merupakan lagu kolaborasi antara mereka berdua.

Lagu ini dikeluarkan oleh Paranormal Records, sebuah label muzik yang beroperasi di Kuala Lumpur yang juga merupakan label kepada Ayda Jebat.

Ditanya mengenai harapan sambutan peminat terhadap  lagu tersebut, Jonathan berharap peminat akan memberikan sambutan yang baik terhadap hasil karyanya itu.

“Lagu ini mempunyai lirik yang ringkas dan peminat mudah untuk menghafalnya walaupun baru pertama kali mendengarnya, ” katanya.

Paranormal Records adalah sebuah anak syarikat di bawah kumpulan Paranormal yang juga merupakan pemilik syarikat Paranormal Talents, sebuah syarikat pengurusan bakat yang menguruskan kerjaya selebriti tempatan popular seperti Elizabeth Tan, Ayda Jebat, Nelydia Senrose, Chacha Ma’embong, Erin Malek, Sazzy Falak, Yasmin Hani, Sara Ali, Mia Sara dan juga Adeline Tsen.-Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan