Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

26 mati hangus dalam bas

11:19pm 19/07/2016 Pak Roshan 32 views Global
Bomba dan pihak berkuasa Taiwan sedang menyiasat kenapa kenapa penumpang di dalam bas tidak berusaha keluar menyelamatkan diri. - Foto EPA

Bomba dan pihak berkuasa Taiwan sedang menyiasat kenapa kenapa penumpang di dalam bas tidak berusaha keluar menyelamatkan diri. – Foto EPA

Taipei: Seramai 26 orang termasuk 24 pelancong dari China terbunuh dengan sebahagian besarnya mati hangus apabila bas yang mereka naiki untuk ke lapangan terbang terbakar selepas terbabas dan merempuh besi penghadang lebuh raya, tengah hari, hari ini.

Bas itu membawa 24 pelancong, lapan lelaki dan 16 wanita dari Liaoning, utara China, yang melawat Taiwan selama lapan hari dan kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke China. Pemandu dan pemandu pelancong dari Taiwan dalam bas itu turut terbunuh.

Menurut polis, bas berkenaan terbakar sebelum ia merempuh penghadang namun kenyataan itu belum dapat dipastikan.

“Semua di dalam bas itu terbunuh. Kami tidak pasti kenapa penumpang tidak berusaha keluar menyelamatkan diri,” kata jurucakap bomba.

Media South China Morning Post di Hong Kong melaporkan dua lelaki cuba memecah tingkap bas dengan tong pemadam api namun gagal. – Agensi/HMetro

Keadaan bas selepas ia terbakar menyebabkan 26 orang, termasuk 24 pelancong China terbunuh di Taipei, Taiwan, tengah hari tadi. - Foto EPA

Keadaan bas selepas ia terbakar menyebabkan 26 orang, termasuk 24 pelancong China terbunuh di Taipei, Taiwan, tengah hari tadi. – Foto EPA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan