Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

26 anak yatim, 10 masjid serta surau terima sumbangan Pusat Zakat, Baitulmal

Kota Kinabalu : Seramai 26 anak yatim dan 10 buah masjid serta surau menerima duit raya dan sejadah daripada Pusat Zakat dan Baitulmal Negeri Sabah.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M. Jasni pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Pada majlis tersebut, Tun Juhar serta Toh Puan Norlidah diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib serta Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan isteri, Datin Rohayah Pauzy.

Hadir sama pada majlis itu malam tadi, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jaujan Sambakong merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, Pengurus Besar Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) Ratnawati Datuk Haji Osman serta Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani.

Selepas majlis berbuka puasa, Tun Juhar bersama tetamu kenamaan lain turut menunaikan solat sunat terawih bersama kira-kira 700 kakitangan DBKK dan ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan./Penerangan-

Tun Juhar (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang salah seorang penerima.

Komen


Berita Berkaitan