Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,722

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sindiket Louis Darau 1Malaysia ditangkap

3:11pm 10/12/2015 Leolerry Lajius 2705 views Jenayah,Tempatan
ACP M.Chandra menunjukkan suspek yang dikehendaki pihak polis.

ACP M.Chandra menunjukkan suspek yang dikehendaki pihak polis.

KOTA KINABALU: Polis berjaya menangkap enam orang suspek sindiket pecah rumah dan curi kereta yang digelar sebagai kumpulan Louis Darau yang aktif melakukan jenayah di sekitar Kota Kinabalu yang membabitkan nilai rampasan sebanyak RM 200,000 termasuk kenderaan.

Enam orang suspek itu telah berjaya ditangkap susulan penangkapan salah seorang daripada anggota sindiket itu dalam satu kejadian pecah rumah di Taman Canggih Inanam.

Dengan tertangkapnya salah seorang anggota dalam sindiket tersebut, pihak polis telah menjalankan Ops Mengesan dan berjaya menangkap enam daripada 12 anggota sindiket tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra, antara suspek yang telah ditangkap adalah ketua kepada sindiket itu iaitu seorang lelaki berumur 20 tahun berbangsa Timor Indonesia, seorang lelaki dusun berumur 20 tahun, dua orang lelaki berbangsa bajau berumur 29 dan 19 tahun, seorang lelaki cina berumur 28 tahun dan seorang lelaki jawa berumur 21 tahun.

“Pihak polis juga telah mengenalpasti dua lagi suspek yang merupakan anggota dalam sindiket ini iaitu Ng Kok [email protected] berumur 28 tahun dan Kalvin Liew Soon [email protected] Chai berumur 31 tahun dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek, diharapkan agar memaklumkan kepada pihak polis,” katanya.

Dengan tertangkapnya suspek dalam sindiket ini, lapan kes pecah rumah dan curi kereta yang berlaku di Kota Kinabalu sebanyak enam kes dan masing-masing satu kes di Ranau dan Tenom telah dirungkai.

Kesemua suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan, dan Sekyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan