Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2,576 penduduk miskin tegar di Kota Marudu menerima BR1M

10:38pm 12/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 32 views Tempatan
Maximus menyampaikan BR1M kepada salah seorang menerima bantuan itu di Dewan Masyarakat, di sini, hari ini dan disaksikan oleh Pegawai Daerah Kota Marudu, Sualim Sanaan (tengah)

Maximus menyampaikan BR1M kepada salah seorang menerima bantuan itu di Dewan Masyarakat, di sini, hari ini dan disaksikan oleh Pegawai Daerah Kota Marudu, Sualim Sanaan (tengah)

KOTA MARUDU- Sebanyak RM 1.8 juta Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diagihkan kepada 2,576 orang penduduk miskin tegar di daerah ini, hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili berkata lebih kurang 10,000 orang penduduk di daerah ini layak mendapatkan bantuan tersebut, manakala 8,000 yang selebihnya telah menerima bantuan itu menerusi akaun bank mereka.

“BR1M merupakan salah satu insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi meringankan beban rakyat khususnya isi rumah berpendapatan rendah,”katanya semasa majlis penyampaian BR1M di Dewan Masyarakat, di sini, hari ini.

Tambahnya, program tersebut merupakan usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa lebih kurang 2,500 keluarga miskin tegar di daerah ini akan mendapat manfaat menerusi Program MyBeras.

“Masyarakat Kota Marudu setiap bulan akan menerima bantuan 20kg beras bermula bulan hadapan,”katanya.

Sehubungan itu, Maximus menggesa pejabat daerah agar bekerjasama dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) supaya bantuan tersebut diagihkan kepada mereka yang layak. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan