Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

150 kanak-kanak menyertai acara berkhatan

11:16am 03/12/2015 Ann Vivien 9 views Isu Semasa,Tempatan
Nik Nadzri menyiram menggunakan hos bomba kepada kanak-kanak yang bakal berkhatan

Nik Nadzri menyiram menggunakan hos bomba kepada kanak-kanak yang bakal berkhatan

KENINGAU:Seramai 150 kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 12 tahun di daerah ini mengikuti majlis khatan perdana anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Keningau yang diadakan di rumah anak yatim Hajaah Rosmah di Kampung Batu 27  dekat sini pada Rabu.                                                             
Menceritakan pengalaman berkhatan, adik Raisaili Raisin berkata pengalaman berkhatan bukan sahaja merupakan satu kewajipan bagi mereka yang beragama islam akan tetapi dari segi penjagaan kesihatan badan ia adalah sangat penting.                                                    
Manakala bagi dua adik-beradik iaitu adik Muahamad Shofi Suhaili dan Mohamad Zubair Suhaili masing-masing berkata, ia adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana secara tidak langsung dapat merasai keadaan berkhatan walaupun hanya seketika dalam kesakitan.

Terdahulu berucap pada majlis itu, Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nadzri Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak menyangka bahawa penyertaan melebihi dari sasaran.

 Jelasnya, tiada bayaran dikenakan kepada setiap penyertaan kerana ia merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan selain meringankan para ibubapa yang kurang berkemampuan untuk membolehkan anak mereka mengikuti program ini.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan