Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

255 Pati Ditahan Dalam Ops Bersepadu MKN Di Sandakan

gambar hiasan
gambar hiasan

SANDAKAN : Sebanyak 255 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah di sekitar daerah ini dalam operasi bersepadu tiga hari yang berakhir hari ini.

Dalam kenyataan MKN Sabah, sejumlah 592 orang disyaki PATI diperiksa dalam operasi itu dan sebanyak 300 menjalani pemeriksaan lanjut di Pusat Pemeriksaan Dokumentasi.

Mereka yang ditahan berusia 14 hingga 65 tahun itu adalah 170 warganegara Filipina (104 lelaki, 64 perempuan) dan 85 warganegara Indonesia (72 lelaki,13 perempuan).

Mereka ditahan dibawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen kerana kesalahan memasuki dan berada di neagra ini secara haram, kata kenyataan itu.

MKN berkata kesemua PATI berkenaan ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga, Sandakan sementara menunggu keputusan siasatan lanjut selama 14 hari.

Kenyataan itu menyebut sebanyak 1,762 PATI ditahan dalam beberapa operasi bersepadu sejak Januari lepas dengan sejumlah 5,290 PATI masih ditahan di empat PTS di negeri ini iaitu 1,450 orang (PTS Kota Kinabalu), 1,561 orang (PTS Papar), 1,306 (PTS Tawau dan 973 orang (PTS Sibuga).

MKN berkata sejak Januari lepas hingga hari ini, sebanyak 11,570 PATI telah dihantar pulang ke negara asal iaitu 9,278 warganegara Filipina, 2,195 (Indonesia) dan 97 (lain-lain warganegara).

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan