Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Operasi Gelandangan,24 diselamatkan

KOTA KINABALU: Seramai 24 orang gelandangan telah diselamatkan ketika Operasi Menyelamatkan Gelandangan di sekitar Kota Kinabalu yang turut disertai oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid semalam.

Menurut Datuk Jainab, operasi tersebut yang melibatkan lebih dari 100 anggota bertujuan membantu dan menyelamatkan gelandangan di sekitar Kota Kinabalu untuk diberikan bantuan berkaitan.

“Individu yang diselamatkan dalam operasi ini akan ditahan sementara waktu,  sehingga dituntut oleh ahli keluarga mereka. Ahli keluarga juga perlu membuat akun janji agar menjaga ahli keluarganya bagi mengelakkan kes tangkapan berulang berlaku,”katanya.

Tambah beliau jika  individu yang diselamatkan itu tidak dituntut mereka akan diletakkan di bawah penjagaan bahagian kebajikan dan akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran bagi membentuk jati diri mereka.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah 

Antara gelandangan yang diselamatkan oleh pihak berkuasa. -Gambar oleh Jimmy Tan
Antara gelandangan yang diselamatkan oleh pihak berkuasa. -Gambar oleh Jimmy Tan

Komen


Berita Berkaitan