Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelancaran Kempen Keselamatan Peringkat Sekolah Rendah 2015

gimik pelancaran : Anita merasmikan pelancaran kempen keselamatan "Safe and Protect" : Foto dari Jimmy Tan / SayangSabah
Anita merasmikan pelancaran kempen keselamatan “Safe and Protect” : Foto dari Jimmy Tan / SayangSabah

PUTATAN- Sejumlah 1002 kes yang melibatkan kanak-kanak dilaporkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini ke Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hjh Jainab Ahmad Ayid, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah melaksanakan satu kempen keselamatan yang melibatkan murid-murid di peringkat sekolah rendah.

“Semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha untuk melindungi kanak-kanak ini dari segala bahaya di luar sana”, kata beliau.

Jainab juga berharap agar kempen tersebut dapat membantu dalam penurunan kes yang melibatkan kanak-kanak.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis pelancaran kempen keselamatan Kanak-kanak di Sekolah-sekolah bijak “Safe and Protect” peringkat negeri sabah, di Hotel Soluxe, pagi ini.

Teks ucapan beliau telah dibaca oleh pembantu beliau, Datuk Anita Baranting.

Disamping itu, menurut Pengarah Kebajikan Negeri Sabah, Mohammad Noor Wahab, objektif utama kempen ini adalah untuk menyebarkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga keselamatan kanak-kanak.

“Antara kes-kes yang dilaporkan ialah kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak 554 kes, pengabaian sebanyak 138 kes, kes penderaan seksual 89 kes, kes luar kawal 74 kes, pelindungan segera 61 kes, penderaan fizikal 44 kes, kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral 38 kes, dan buang bayi 4 kes”, kata beliau.

Wahab juga berkata sebanyak empat buah sekolah telah terpilih bagi pelancaran kempen peringkat Negeri tersebut dengan pecahan tiga buah sekolah kawasan bandar dan satu sekolah kawasan luar bandar.

“Antara sekolah yang terpilih ialah SK Kolombong, SK Stella Maris dan SJK (C) Chung Hwa Kota Kinabalu dan SK Stella Maris bagi kawasan bandar manakala SK Kelahanan Papar bagi Kawasan Luar Bandar”, tambah beliau.-Oleh Elezebeth Esther Onjining/Sayangsabah 

IMG_1591 : Anita ( tengah ) Puan Sitiameh (kiri) bersama En. Herdiansah dari JKJR menerangkan tentang alat keselamatan dalam kenderaan yang ada. - Foto dari Jimmy Tan / SayangSabah
Anita ( tengah ) Puan Sitiameh (kiri) bersama En. Herdiansah dari JKJR menerangkan tentang alat keselamatan dalam kenderaan yang ada. – Foto dari Jimmy Tan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan