Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

HOB, Platfrom penjagaan kawasan hutan tropika

4:39pm 11/11/2015 Leolerry Lajius 9 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Masyarakat digesa agar bekerjasama untuk menjaga dan memulihara kawasan hutan di kepulauan borneo melalui pendekatan ‘The Heart of Borneo'(HOB) berikutan berhadapan dengan ancaman besar untuk musnah.

Datuk Sam Mannan berucap pada persidangan itu-Gambar oleh Jimmy Tan

Datuk Sam Mannan berucap pada persidangan itu-Gambar oleh Jimmy Tan

Pengarah Perhutanan Negeri Sabah Datuk Sam Mannan berkata, konsep HOB adalah satu inisiatif penting yang telah dirangka untuk memastikan kawasan hutan tropika di pulau borneo terus terjaga.

“Sabah mempunyai kawasan tanah lembab yang terbesar di negara ini dengan keluasan sebanyak 340,000 hektar bagi kawasan hutan bakau sahaja dan kita akan memastikan kawasan ini sentiasa terjaga dengan menjadikan negara-negara yang telah berjaya dalam usaha pemeliharaan hutan tropika sebagai contoh, “katanya.

Tambah beliau penjagaan kawasan lembab ini yang juga merupakan antara kawasan tadahan air yang utama adalah penting kerana dapat mengurangkan kemungkinan dilanda bencana yang teruk .

Beliau berkata demikian ketika berucap pada persidangan antarabangsa The Heart of Borneo (HOB) di Magellan Sutera Harbour pagi tadi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan