Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

250,000 visa umrah sebulan

9:07am 07/12/2015 Pak Roshan 36 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

Jeddah: Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan 250,000 visa umrah sejak musim umrah bermula sebulan lalu.

Menteri Haji Bandar Hajjar berkata, jumlah sebanyak itu berjaya dikeluarkan memandangkan proses pengeluarannya kini lebih pantas.

Tahun lalu, sebanyak enam juta visa dikeluarkan.

“Visa ini dikeluarkan secara percuma. Kami tidak mengenakan bayaran. Jemaah boleh membuat laporan jika mereka diminta bayaran oleh agensi haji dan umrah,” katanya.

Sehubungan itu, Bandar juga berkata, pihaknya mendirikan Pusat Latihan Haji Dan Umrah di luar Kementerian Haji untuk memberikan perkhidmatan lebih berkualiti kepada semua jemaah.

Usaha besar-besaran dilakukan pihak berkuasa Saudi untuk memudahkan jemaah melakukan ibadah itu dengan lebih selesa.

“Kami akan memastikan setiap jemaah tidak berdepan dengan masalah, dari hari pertama mereka tiba hingga hari mereka berlepas pulang ke negara masing-masing,” katanya.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan